Social Icons

Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Awet Muda Vs Bapak Herba


Untungnya lahir bulan disember kann…sentiasa AWET MUDA gitu…ambbooii…yer lar, cuba bayangkan org yg lahir bulan januari dh nk tmbh nombor kat umur tu tp Sagittarius still maintain lg….dulu aku selalu berangan besday hujung tahun…sebabnyer ader macam2 sales…pastu klu dpt hadiah msti yg besh2…hahaha…tp akhirnya tercapai gak impian tu…mcm mana??...dngan melahirkan putera sulung pada 31 dec 2012…hah amekaw…nk hujung sgt…hujung terus jadinya..hahhaha…ni mmg2 betul2 awet muda…katanya…
hehehe..eh abis kita yang x berapa nk bertuah lahir hujung2 tahun ni.…camana plak nk kekalkan imej muda tu…ader jer caranya..klu kite tgk org2 dulu kekalkan kecantikan wajah dgn mkn ulam-ulaman…tp yer ler…aq mmg x dilatih mkn ulam2 ni dr kecik…so biler dh besar nk mencuba dh gaya kambing lar plak aq tgk nyer…so sbgai option bg org mcm aq yg x berminat dgn bnde hijau2 ni…so aq bertukar kepada ALFALFA…pebende lar ni…nama kemain gempak kan..terbelit lidah nk menyebutnya…tp tu lah..sesuai kot dgn nama dier…sbb nyer…alfalfa adalh BAPAK HERBA…klu dh nama pon bapak..kire ni mmg plg hebat lar..

BAPAK HERBA aka ALFALFA…(x lalu den nk telannyer haaa….)

Jenis Vitamin yang terdapat dlm alfalfa;-
  • ·         Vitamin A – agen anti penuaan yg sgt2 baik..maksudnya dier membantu mengurangkan garis-garis halus & kedut2 di kulit dengan mempercepatkan pertumbuhan tisu bg menggantikan kulit-kulit yg dh mati..
  • ·         Vitamin U – ni mesti jarang org dengar kan…ok vitamin penting dlm mempercepatkan penggantian tisu lama kepada tisu baru dengan meningkatkan fungsi sel dlm tisu…jadinya kulit kita sentiasa lembut dan baru…=D
  • ·         Vitamin B6- untuk kestabilan hormone supaya dapat mengelakkan keradangan kulit yg setrusnya akan bertukar menjadi jerawat…*I hate skin blemishes…ggrrr*
  • ·         Vitamin K – ok vitamin ni plak sgt bagus kepada sesiapa yg suka berjaga mlm2 tu…yg lebih cenderung membentuk PANDA EYES…hehhe…dgn vitamin K dpt membantu mengurangkan hkesan hitam bawah mata smbil2 meningkatkan keanjaln kulit…owh ni besshhh..
  • ·         Vitamin E – anti oksida untuk membuang semua radikal dlm badan..wujudnya radikal2 ni akan membuatkan kulit kita pramatang iaitu tua daripada usia kita…eeeewwww

Dah tgk kebaikan2 semulajadi alfalfa…biler memikirkan BAU, RASA, WARNA mmg aq surrender dulu…tp tabiat org skrg, x snggup berkorban tp kebaikan nk merasa…amboi di situ…heheheh…jadinya marilah kite bertukar kepada bentuk yg MUDAH diambil…lebih CEPAT…lebih MURAH…JJIIIMMMAATT…tp kebaikannya sgt mengUNTUNGKAN bg jangka masa pendek & panjang…seronok bukan…marilah kita semua beralfalfa untuk mengekalkan keremajaan kulit kita…aauuuwwwww…





Wednesday, December 25, 2013

Rahsia Kecantikan Orang Korea dan Jepun

Orang Korea terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Nampaknya anda silap. Mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit mereka. 





  1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.


  2. Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.


  3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.


  4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.


  5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.


  6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.


  7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...