Social Icons

Wednesday, December 25, 2013

COQ Health Plus Shaklee


Coenzyme Q10 adalah ‘Pencetus’ yang membolehkan sel-sel tubuh menghasilkan tenaga untuk memelihara kehidupan. Kemampuan tubuh untuk menghasilkan dan mengagihkan bahan mirip vitamin ini menurun kerana faktor umur meningkat, atau akibat timbul pelbagai penyakit, kekurangan nutrien dan tekanan (stress). Penyelidikan perubatan kini membuktikan bahawa tekanan yang  timbula kibat peningkatan umur dan penyakit menghalang tubuh daripada memanfaatkan Coenzyme Q10 yang diperolehi dari makanan yang kita makan. Oleh yang demikian, pengambilan Coenzyme Q10 yang tulen sebagai suplemen adalah selamat dan dapat memastikan selular yang sehat, tenaga dan sistem immunisasi yang berfungsi secara semulajadi. 

CoQ Health Plus Shaklee


1. Peningkatan Tenaga

Laporan maklum balas bahawa pengambilan Coenzyme Q10 dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan waktu tidur. Ini disebabkan fungsi Coenzyme Q10 yang dapat memproseskan tenaga dan memanfaatkan oksigen di antara setiap sel dalam badan kita.

2.Pencegahan Penyakit Jantung

Kajian dari Jepun telah membuktikan bahawa Coenzyme Q10 dapat meningkatkan keupayaan sel-sel jantung untuk menghasilkan tenaga, di mana kekurangan oksigen akan melambatkan kecekapan jantung. Coenzyme Q10 juga dapat dikaitkan untuk merawat penyakit-penyakit seperti penyakit jantung valvuler, angina pectoris, penyumbatan arterikoronari dan infeksimio kardial. Penyelidikan di Jepun juga telah membuktikan bahawa pengambilan Coenzyme Q10 dalam diet dapat mengurangkan tekanan darah tinggi di antara pesakit darah tinggi. Salah satu penemuan terbaru yang paling menarik seolah-olah tiada penamat kepada keistimewaan Coenzyme Q10 ialah keupayaannya untuk melindungi fungsi-fungsi tubuh dan organ ketika melalui kaedah pembedahan.

3. Memanjangkan Jangka Hidup/Hayat 

Coenzyme Q10 dapat memanjangkan jangka hidup sebanyak 65% ke atas haiwan yang diuji di makmal disamping mengekalkan kesihatan dan penampilannya. Oleh itu, Coenzyme Q10 adalah satu-satunya teknik praktikal terkini yang dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menyerlah wajah yang muda.


4. Penyakit Gusi/Periodontal

Pengambilan Coenzyme Q10 dengan ketaranya dapat mengurangkan penyakit tisu gusi, di mana Coenzyme Q10 dapat melambatkan proses yang menyebabkan penyakit gusi. Penyakit gusi juga menyebabkan kehilangan gigi di kalangan orang dewasa berbanding dengan penyakit gigi yang lain. Di dapati bahawa satu dari setiap 4 orang kehilangan gigi mereka akibat penyakit gusi sebelum mereka mencapai umur 60tahun.

5. Peningkatan Sistem Immunisasi Tubuh

Sistem immunisasi yang lemah boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang serius seperti kanser dan AIDS atau yang lebih ringan seperti alahan atau jangkitan yang minor. Untuk mengelakkan keadaan ini, tubuh memerlukan kerjasasama berjuta-juta sel untuk mencegah penyakit. Kebanyakan kesan penuaan juga boleh dikaitkan kepada kegagalan sistem immunisasi. Secara kebetulan, penuaan potensi sistem immunisasi seiring dengan ketidakupayaan badan membekalkan Coenzyme Q10 secara dalaman. Jika kita berupaya mengekalkan prestasi sistem immunisasi di usia yang semakin lanjut di mana potensi sistem immunisasi menurun dengan cepat, kita bukan saja boleh melanjutkan kualiti hidup tetapi kuantitinya juga.

6. Penurunan Berat Badan Secara Semulajadi

Apabila anda meningkatkan metabolisme melalui senaman dan juga akan meningkatkan permintaan untuk tenaga. Sekaligus tubuh akan menyebarkan cadangan untuk mencapai tenaga segera yang disimpan dalam sel-sel lemak. Melalui proses ini, simpanan lemak berkurangan dan terbukti secara jelas berat badan menurun. Terdapat satu lagi cara untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar metabolik anda dalam sel. Beberapa ahli saintis percaya bahawa berat badan dikalangan pesakit obesiti dapat diatasi dengan bantuan Coenzyme Q10. Kajian bersama University of Texas dan University of Antwerp dan Belgium menunjukkan pesakit obesiti mampu mengurangkan berat badan dengan menambahkan Coenzyme Q10 dalam diet. Menurut kajian mereka juga, pesakit obesiti berkurangan kira-kira 50% Coenzyme Q10 dalam tubuh mereka.




Omega Guard Shaklee


Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh. Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik. Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Omega Guard Shaklee


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

  1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 
  3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
  7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
  5. Mengekalkan tekanan normal darah
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kepala
  8. Merendahkan kolestrol
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. Mengawal masalah obesiti
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  16. Membantu menyihatkan paru-paru
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  24. Mencegah penyakit gout



Bagus untuk OTAK ?

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

  1. Mencegah insomnia
  2. Mengurangkan tekanan emosi
  3. Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
  4. Membantu memperbaiki masalah autism
  5. Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
  6. Mengurangkan masalah schizophrenia
  7. Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
  8. Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

  1. Warga Emas
  2. Pesakit Jantung
  3. Wanita
  4. Wanita yang telah melahirkan anak
  5. Pesakit darah tinggi
  6. Orang yang selalu lupa
  7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  8. Pelajar
  9. Ibu menyusu
  10. Ibu Hamil
  11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus




Beza UBAT dan SUPPLEMENT (Vitamin)

UBAT

  • Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
  • Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
  • Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.
  • Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.
  • Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.
  • Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.
  • Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
  • Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar. seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.
  • Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.
  • Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.



Ubat Ubatan


Supplement ( Vitamin )

  • Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
  • Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
  • Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.
  • Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
  • Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.
  • Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
  • Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.
  • Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.
  • Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi. 
  • Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

Ringkasan

  • Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja. 
  • Supplement boleh diambil bila-bila masa.dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement.
  • Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat.
  • Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit.


Bahaya GOUT


Apa Itu GOUT ?


Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.


bahaya gout

Serangan GOUT

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

  • Serangan akut (tiba-tiba).
  • Serangan kronik yang berpanjangan.


Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.


Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.



Faktor faktor lain

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.


2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.


3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.



Makanan yang perlu dielakkan

  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis).

sumber http://www.faizsaaid.com/2013/11/apa-itu-gout.html



Morning Sickness ?

Morning sickness atau rasa mual dan muntah biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (trimester pertama kehamilan).Penyebab utama morning sickness adalah perubahan hormon semasa hamil. Progesteron menyebabkan otot menjadi lebih relaks, termasuk otot sistem pecernaan. Makanan akan berada lebih lama dalam sistem pencernaan dan boleh menyebabkan ‘angin’. Ia juga menghantar isyarat ‘muntah’ kepada otak.

Morning Sickness

Tips untuk melegakan morning sickness

  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi banyak kali. Makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa akan membuatkan anda bertambah mual. Tips : bawa la peket biskut kecil dalam tas tangan anda. Anda boleh makan sikit demi sedikit setiap masa.

  • Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat untuk membantu mengatasi rasa mual anda. Makanan seperti roti, buah-buahan antara makanan yang banyak membantu.

  • Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas yang akan memburukkan lagi rasa mual anda.

  • Pastikan minum air yang cukup untuk menghindari dehidrasi akibat muntah. Minumlah air putih, ataupun juice. Hindari minuman yang mengandung kafein dan karbonat.

  • Vitamin B6 efektif boleh untuk mengurangkanrasa mual pada ibu hamil.

  • Rehat yang cukup. pastikan juga si ibu tidur dengan selesa dan lena

  • Percayalah Morning sickness atau mual muntah pada kehamilan awal ini akan segera berlalu tanpa anda sedari.dan ini akan menjadi salah satu pengalaman menarik selama kehamilan anda---bayangkan saja tentang si kecil yang akan segera hadir membawa sejuta kebahagian.:) 




Rahsia Kecantikan Orang Korea dan Jepun

Orang Korea terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Nampaknya anda silap. Mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit mereka. 





  1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.


  2. Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.


  3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.


  4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.


  5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.


  6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.


  7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...