Social Icons

Wednesday, December 25, 2013

COQ Health Plus Shaklee


Coenzyme Q10 adalah ‘Pencetus’ yang membolehkan sel-sel tubuh menghasilkan tenaga untuk memelihara kehidupan. Kemampuan tubuh untuk menghasilkan dan mengagihkan bahan mirip vitamin ini menurun kerana faktor umur meningkat, atau akibat timbul pelbagai penyakit, kekurangan nutrien dan tekanan (stress). Penyelidikan perubatan kini membuktikan bahawa tekanan yang  timbula kibat peningkatan umur dan penyakit menghalang tubuh daripada memanfaatkan Coenzyme Q10 yang diperolehi dari makanan yang kita makan. Oleh yang demikian, pengambilan Coenzyme Q10 yang tulen sebagai suplemen adalah selamat dan dapat memastikan selular yang sehat, tenaga dan sistem immunisasi yang berfungsi secara semulajadi. 

CoQ Health Plus Shaklee


1. Peningkatan Tenaga

Laporan maklum balas bahawa pengambilan Coenzyme Q10 dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan waktu tidur. Ini disebabkan fungsi Coenzyme Q10 yang dapat memproseskan tenaga dan memanfaatkan oksigen di antara setiap sel dalam badan kita.

2.Pencegahan Penyakit Jantung

Kajian dari Jepun telah membuktikan bahawa Coenzyme Q10 dapat meningkatkan keupayaan sel-sel jantung untuk menghasilkan tenaga, di mana kekurangan oksigen akan melambatkan kecekapan jantung. Coenzyme Q10 juga dapat dikaitkan untuk merawat penyakit-penyakit seperti penyakit jantung valvuler, angina pectoris, penyumbatan arterikoronari dan infeksimio kardial. Penyelidikan di Jepun juga telah membuktikan bahawa pengambilan Coenzyme Q10 dalam diet dapat mengurangkan tekanan darah tinggi di antara pesakit darah tinggi. Salah satu penemuan terbaru yang paling menarik seolah-olah tiada penamat kepada keistimewaan Coenzyme Q10 ialah keupayaannya untuk melindungi fungsi-fungsi tubuh dan organ ketika melalui kaedah pembedahan.

3. Memanjangkan Jangka Hidup/Hayat 

Coenzyme Q10 dapat memanjangkan jangka hidup sebanyak 65% ke atas haiwan yang diuji di makmal disamping mengekalkan kesihatan dan penampilannya. Oleh itu, Coenzyme Q10 adalah satu-satunya teknik praktikal terkini yang dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menyerlah wajah yang muda.


4. Penyakit Gusi/Periodontal

Pengambilan Coenzyme Q10 dengan ketaranya dapat mengurangkan penyakit tisu gusi, di mana Coenzyme Q10 dapat melambatkan proses yang menyebabkan penyakit gusi. Penyakit gusi juga menyebabkan kehilangan gigi di kalangan orang dewasa berbanding dengan penyakit gigi yang lain. Di dapati bahawa satu dari setiap 4 orang kehilangan gigi mereka akibat penyakit gusi sebelum mereka mencapai umur 60tahun.

5. Peningkatan Sistem Immunisasi Tubuh

Sistem immunisasi yang lemah boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang serius seperti kanser dan AIDS atau yang lebih ringan seperti alahan atau jangkitan yang minor. Untuk mengelakkan keadaan ini, tubuh memerlukan kerjasasama berjuta-juta sel untuk mencegah penyakit. Kebanyakan kesan penuaan juga boleh dikaitkan kepada kegagalan sistem immunisasi. Secara kebetulan, penuaan potensi sistem immunisasi seiring dengan ketidakupayaan badan membekalkan Coenzyme Q10 secara dalaman. Jika kita berupaya mengekalkan prestasi sistem immunisasi di usia yang semakin lanjut di mana potensi sistem immunisasi menurun dengan cepat, kita bukan saja boleh melanjutkan kualiti hidup tetapi kuantitinya juga.

6. Penurunan Berat Badan Secara Semulajadi

Apabila anda meningkatkan metabolisme melalui senaman dan juga akan meningkatkan permintaan untuk tenaga. Sekaligus tubuh akan menyebarkan cadangan untuk mencapai tenaga segera yang disimpan dalam sel-sel lemak. Melalui proses ini, simpanan lemak berkurangan dan terbukti secara jelas berat badan menurun. Terdapat satu lagi cara untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar metabolik anda dalam sel. Beberapa ahli saintis percaya bahawa berat badan dikalangan pesakit obesiti dapat diatasi dengan bantuan Coenzyme Q10. Kajian bersama University of Texas dan University of Antwerp dan Belgium menunjukkan pesakit obesiti mampu mengurangkan berat badan dengan menambahkan Coenzyme Q10 dalam diet. Menurut kajian mereka juga, pesakit obesiti berkurangan kira-kira 50% Coenzyme Q10 dalam tubuh mereka.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...